Petua Bagi Yang Mengalami Masalah Tidur
1. Makan sayur buah terung. Boleh dimasak dalam bentuk kari atau sebagainya. Terung dapat melenakan mata dan mempercepatkan badan untuk rasa pasif.
.
2) Makan pisang dan minum susu hangat. Kalau boleh tambahkan madu supaya dapat membuatkan perut selesa dan mata mudah lena.
.
3) Jangan suka mengeluh dan banyak berfikir. Jangan terlalu memikirkan kenapa sukar untuk tidur kerana ia boleh menjadi perkara rutin dan benar-benar tidak boleh tidur.
.
4) Jangan merokok atau minum kafein. Ia menyempitkan saluran darah dan menyebabkan aliran darah laju dan sukar berehat.
5) Jangan tengok jam, kerana anda akan berasa risau jika tidak tidur. tenangkan diri dan tidur seperti biasa.
.
6) Paling penting: JANGAN TERTEKAN KERANA ‘TIDAK TIDUR’. Katakan pada diri sendiri yang anda tidak perlu bimbang untuk tidak tidur. Berbaring di atas katil untuk berehat, tenangkan fikiran dan hilangkan stres yang berlaku, tentu anda akan tertidur dengan sendirinya.
Comments
Post a Comment