10 BENDA PALING KOTOR YANG SERING KITA GUNAKAN


Tanpa kita sedari, banyak benda yang sering kita gunakan berpotensi menjadi sarang bakteria dan virus yang boleh berpindah kepada manusia. Di antara banyak benda yang sering kita pegang, ada 10 benda paling kotor yang boleh membahayakan kesihatan walaupun ianya kelihatan bersih. Majalah Health, menyenaraikan 10 benda paling kotor yang sering dijumpai dalam kehidupan sehari-hari.


1. WANG
Semua orang suka wang, tapi pastinya anda tidak akan menyukai bakteria yang terdapat pada permukaan wang. Menurut Dr. Darlington dari The Health Commissioner of New York, terdapat sekitar 135,000 bakteria pada wang, terutamanya wang kertas.

2. SUIS LAMPU  & TOMBOL PINTU
Biasanya orang terakhir keluar atau pertama masuk ke bilik adalah biasanya akan menyentuh sius lampu dan tombol pintu. Bakteria sangat mudah hidup dan membiak di permukaan yang kerap disentuh oleh orang ramai. Menurut ahli sanitasi, pada setiap inci permukaan suis lampu atau tombol pintu ada sekitar 217 bakteria yang boleh berpindah ke tangan anda.

3. KEYBOARD / PAPAN KEKUNCI KOMPUTER
Sebuah kajian di Britain pada tahun 2003 pernah mendapati bahawa jumlah bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan yang ada di keyboard komputer lebih banyak daripada yang terdapat di tandas. Oleh itu, bersihkan keyboard komputer anda secara rutin dengan alat khusus pencuci keyboard atau boleh juga dengan menggunakan kain basah.

4. TELEFON BIMBIT
Masa kini, telefon bimbit adalah sesuatu yang tidak boleh lepas dari kehidupan sehari-hari. Kajian di United Kingdom mendapati telefon bimbit menjadi tempat kegemaran bagi ribuan bakteria untuk menetap. Bakteria suka melekat pada telefon bimbit kerana suhunya yang hangat dan sesuai untuk pertumbuhan bakteria.

5. MANGKUK TANDAS
Meskipun kelihatan bersih dan licin, tetapi permukaan tempat duduk mangkuk tandas yang dibuat dari porselin sangat berpotensi sebagai tempat pembiakan bakteria dan virus penyakit tertentu. Data statistik menunjukkan bahawa terdapat 295 bakteria dalam setiap inci persegi permukaan tempat duduk mangkuk tandas (Kira-kira 3.2 juta bakteria dan virus berada dalam lubang tandas).

6. TROLI MEMBELI BELAH
Berbelanja menggunakan troli memang lebih mudah dan mengasyikkan. Tapi menurut penyelidik dari University of Arizona, troli ini mengandungi bakteria, air liur, dan bahan-bahan menjijikkan yang lain yang lebih banyak daripada eskalator, telefon awam atau bilik mandi awam.

7. ALAT KAWALAN JAUH
Seringkali makanan tertumpah pada alat kawalan jauh dan anda tidak membersihkannya. Maka alat kawalan jauh tersebut menjadi tempat bersarangnya bakteria MRSA, VRE, SARS dan bakteria lain yang boleh masuk ke dalam tubuh anda. Jangan biarkan alat kawalan jauh menjadi ancaman apabila anda sedang asyik menonton TV.

8. TAB MANDI
Tab mandi adalah bahagian dalam rumah yang tidak sepatutnya dilupakan. Sewaktu seseorang dalam keluarga anda yang terkena jangkitan bakteria Staphylococcus, jangkitan saluran kencing, pneumonia, septicemia atau penyakit kulit, baru anda menyedari bahawa tab mandi menjadi sarang bakteria. Percaya atau tidak, bakteria yang tergenang di dalam tab mandi lebih berbahaya daripada bakteria yang berada di dalam lubang tandas. Membersihkan tab mandi seminggu sekali boleh mengurangkan risiko penyakit yang tidak diingini.

9. SINKI DAPUR
Berlawanan dengan pendapat umum, dapur adalah tempat paling kotor di antara semua bahagian rumah yang lain, terutamanya sinki dapur. Terdapat sekitar 500,000 bakteria bagi setiap inci persegi sinki dapur. Cara mengatasinya, cubalah membersihkan sinki anda dengan campuran setengah cawan baking soda dan setengah cawan cuka. Setelah itu, jangan lupa siram dengan air untuk memastikan singki itu bersih sepenuhnya.

10. SPAN CUCIAN
Span untuk mencuci pinggan-mangkuk adalah sangat berpotensi untuk menjadi tempat berkembangnya bakteria. Ini kerana ia memiliki kelembapan yang tinggi dan pori-pori yang kecil. Salah satu cara terbaik untuk menghilangkan bakteria dari barang ini adalah dengan memanaskannya dalam microwave selama 60 saat.

Comments

Popular Posts