10 Makanan Untuk Ibu Mengadung Yang Boleh Merangsang Otak Genius Bayi Dalam Kandungan
#1. Madu
Makanan yang sangat berkhasiat yang juga dikenali sebagai makanan penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, D, K, E, mineral seperti zat besi, zink. Selain itu ia juga mengandungi protein, hormon, antiseptik dan enzim yang mampu meningkatkan daya ingatan dan kecergasan mental.
#2. Kismis
Kismis kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina darah agar bekalan oksigen cukup untuk disalurkan ke otak. Darah mengangkut kesemua nutrisi yang penting agar sampai ke tempat yang diperlukan. Oleh itu, darah yang mencukupi membantu dalam pembentukan otak anak yang genius.
#3. Saffron
Membantu menyembuhkan demam kuning bagi bayi baru lahir
Membantu pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak2
memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut
#4. Asparagus
.Memiliki hubungan yang erat dengan perkembangan syaraf janin.
Dapat menjaga kesihatan ibu mengandung, terutama yang mengalami hipertensi.
Dapat melancarkan peredaran darah pada tubuh ibu mengandung
Dapat membantu pembentukan sel sel baru dalam proses pembentukan DNA pada janin
Dapat menghindar terjadinya serangan jantung
Mencegah kanser
#5. Buah Delima
Buah ini juga mampu berfungsi sebagai penerang hati. Menurut kajian, mengamalkan jus buah delima ketika kehamilan membantu melindungi otak bayi ketika proses kelahiran. Buah delima juga bermanfaat kepada kulit bayi. Ia juga tinggi dengan asid folik untuk elak kecacatan tiub saraf bayi.
#6. Kurma
Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan vitamin E. Jus kurma mampu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu dalam tumbesaran bayi sekaligus minda yang sihat.
#7. Avocado
Kaya dengan B1 dan B2 juga B6,Meningkatkan fungsi pencernaan
Semasa hamil ibu2 mudah terkena sembelit. Jadinya Avocado ada banyak serat yg boleh membantu memudahkan proses pencernaan sekaligus mengelak dari berlakunya sembelit ketika mengandung
#8. Kekacang
Kekacang juga sangat elok dimakan oleh ibu hamil untuk meningkatkan perkembangan genius otak bayi. Kekacang seperti kacang hijau, kacang merah dan soya. Kekacang ini dipercayai memberi kesan kepada kecerdasan otak kerana mengandungi protein, karbohidrat, Vitamin B1, B2, Kalsium, asid folik, omega 3 dan omega 6 yang sangat penting dalam pembentukan otak bayi.
#9. Sayur sayuran
Sayur-sayuran segar dan buah-buahan kaya dengan vitamin yang terpelihara. Vitamin dan mineral yang ada di dalam sayur dan buah amat penting untuk pembentukan otak bayi.
Tapi sangat disyorkan ibu2 ambil sayur BROKOLI
#10. Buah Tembikai
Buah tembikai sangat mudah nak jumpa di Malaysia ni
Buah tembikai dipercayai boleh membantu mengawal HB ketika mengandung , Dah lah sedap tambah2 waktu cuaca panas lagi menyegarkan badan, so apa lagi ibu2 ?
Carilah makanan2 yg berkualiti dan terbaik utk tumbesaran bayi dalam kandungan ,
JANGAN tak buat ye ,
Sharekan INFO ini pada kawan preggy yg lain ye
Info berguna ni.
Comments
Post a Comment