6 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Produk Kecantikan


Kesilapan yang sering anda lakukan ketika membeli rangkaian produk kecantikan ialah anda tidak memberikan perhatian kepada komponen yang terkandung di dalam produk tersebut. Anda cuma memikirkan tentang keberkesanannya dan baunya yang harum. Jelita senaraikan enam bahan kimia berbahaya yang terkandung di dalam produk kecantikan.

Butylated Hydroxyanisole atau BHA
Bahan antioksidan ini baik untuk mengekalkan dan menstabilkan komponen. Ia boleh di dapati di dalam produk kecantikan seperti losyen badan dan pelempab bibir dan juga dalam beberapa produk penjagaan kesihatan. Namun, anda harus berhati-hati kerana kajian menunjukkan bahawa BHA boleh menjejaskan sistem endokrin dan beberapa pakar juga turut mengaitkan BHA dengan beberapa jenis kanser.

DMDM Hydantoin
Bahan kimia ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang membuatkan syampu, losyen badan dan maskara yang anda gunakan tahan lebih lama. Walaubagaimanapun, ia juga bertanggungjawab untuk masalah mata dan masalah kulit.
 
Komponen Haruman Dalam Minyak Wangi
Produk kecantikan yang berbau lemon tidak bermakna ia dibuat dengan menggunakan lemon segar. Kebanyakan aroma yang anda bau dicipta oleh bahan kimia, seperti phthalates. Ia juga digunakan dalam racun serangga dan rawatan kayu yang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar tetapi juga bertanggungjawab untuk alahan dan masalah pernafasan.
 
Parabens
Parabens juga boleh ditemui dalam losyen badan dan banyak produk kecantikan yang lain. Parabens berfungsi untuk menghalang pertumbuhan dan pembiakan kulat dan bakteria. Walaubagaimanapun, bahan kimia ini juga turut dikaitakn dengan masalah hormon dan juga kanser payudara. Cara terbaik adalah anda menggunakan jenama organik yang menggunakan antifungal semulajadi seperti vitamin E dan asid sitrik.
 
Retinyl Palmitate
Bahan kimia ini dihasilkan dari vitamin A. Beberapa kajian menunjukkan retinyl palmitate boleh menyebabkan tumor. Jadi jika anda ingin membeli krim, losyen badan atau krim pelindung matahari yang mengandungi vitamin A pastikan bahan kimia ini bukan salah satu komponennya.

Triethanolamine
Bahan kimia ini digunakan secara meluas dalam produk kecantikan seperti maskara dan losyen badan kerana ia membantu mengimbangi tahap pH anda. Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan keradangan dan masalah dengan sistem pernafasan. Sesetengah bahan kimia ini turut dikaitkan dengan kanser.

Comments

Popular Posts