Panduan Jaga Kecantikan Kulit



Sama ada kulit wajah atau badan, amat penting untuk memberi keutamaan kepada proses penjagaan dan kebersihannya.

Berikut beberapa panduan untuk menjaga keantikan kulit tanpa perlu menjadikan bahan kimia sebagai bahan utama harian kecantikan kulit anda. Antaranya:

1) Tomato, boleh digunakan untuk melicinkan kulit .

Cara penggunannya mudah iaitu memarut tomato, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher

Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit kemudian bersihkan menggunkan air suam.

Amalkan setiap hari untuk hasil lebih memuaskan.

2) Serbuk Kulit Kayu Manis, dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air untuk menghilangkan jerawat

Sapu campuran itu pada muka sebelum tidur dan jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka kelihatan lebih licin berseri



3) Bagi menghilangkan parut, cuba gunakan kulit Pisang Emas

Sapukan kulit pisang pada bekas parut yang kelihatan dan lakukan setiap hari hingga kesan terbabit hilang.


4) Untuk menghasilkan masker ringkas bagi mengatasi masalah jerawat, bahanya amat ringkas iaitu tiga sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis.

Gaulkan madu bersama serbuk kayu manis hingga sebati dan sapukan pada wajah sebelum tidur.

keesokan harinya basuh muka menggunkan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu, kesannya jerawat hilang dan kulit wajah menjadi lebiih mulus dan licin.


5) Bagi memperoleh bau badan segar pula, panduan berikut boleh dicuba:

  • Ambil semangkuk beras 3 setimeter kunyit serta lima helai daun cekur. Tumbuk hingga 3/4 hancur.

Untuk menggunakannya, basahkan badan kemudian sapukan bahan tumbuk itu ke seluruh badan. Biarkan seketika hingga separuh kering.

Gosok badan yang dilumur dengan bahan tadi hingga tertanggal semua daki dan sel mati.
  • Ambil daun pandan kemudian kisar halus. Jangab buang hampasnya sebaliknya gunakan bahan berkenaan untuk dijadikan alat menggosok badan.
Campur air air pandan bersama air mandi dalam tab mandi. Beredam dalam air pandan sambil menggosok seluruh badan.

.. Pengugunaan bahan semulajadi antara produk terbaik bagi memastikan kesihatan kulit sentiasa terpelihara ..

Comments

Popular Posts